Bahasa: EN | BM |

Tentang Kami

saveTheWorld
love

KISAH KAMI

Pertubuhan Amal Seri Sinar

Pertubuhan Amal Seri Sinar Kuala Lumpur & Selangor (P.A.S.S.) adalah NGO sokongan diri yang ditubuhkan pada tahun 2003 dengan tujuan untuk mendidik orang ramai tentang kitar semula untuk tujuan amal. Sejak penubuhannya P.A.S.S. telah memberikan amal kebajikan termasuk pemuliharaan alam sekitar lebih daripada RM 5,000,000.00. Projek hijau kami disahkan dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga WANGO (World Association of NGO).

Kumpulan sasaran termasuk anak yatim, keluarga yang terjejas, kanak-kanak kurang bernasib baik, orang sakit, orang kurang upaya, ibu tunggal yang memerlukan, projek komuniti, sekolah dan golongan pekak.

Seperti yang kita tahu, kitar semula dan isu alam sekitar adalah agenda paling diutamakan oleh kerajaan Malaysia. Setiap tahun negara kita perlu membelanjakan RM 400 juta semata-mata untuk menguruskan sisa pepejal. Hanya dengan mengitar semula sebanyak 22% daripada lima juta tan sisa yang dihasilkan setiap tahun oleh rakyat Malaysia boleh membantu menjimatkan Kerajaan RM 88 juta setahun. Penjimatan ini boleh digunakan untuk projek pembangunan penting untuk membantu masyarakat. Walaupun program kitar semula telah dilaksanakan tujuh tahun lalu, ia hanya berjaya mencapai kadar kitar semula sebanyak 6% berbanding negara maju lain iaitu kira-kira 30%-47%. Malaysia semakin ketinggalan kerana kekurangan pusat kitar semula dan amalan itu tidak tersebar secara meluas.

team
earth

Oleh itu, P.A.S.S. ingin memainkan peranan proaktif untuk menyebarkan rangkaian kitar semula yang sedia ada di Lembah Klang bukan sahaja dari sudut pandangan mesra alam sekitar tetapi juga untuk amal. Dengan komitmen yang kuat dan kerja yang ikhlas di kalangan tenaga kerja yang kecil, P.A.S.S. berjaya memberi perkhidmatan kepada 210 pusat kitar semula kekal di Lembah Klang setiap hari. Kami juga menyediakan perkhidmatan pengutipan percuma untuk koleksi yang besar seperti perabot yang boleh digunakan, barangan elektrik terpakai dan lain-lain.

Sehingga kini kami telah mengumpul berat kasar sebanyak 60,000 tan sisa pepejal yang boleh digunakan dan dikitar semula Secara tidak langsung, kami membantu kerajaan menjimatkan jutaan ringgit dalam pengurusan sisa pepejal kerana majlis tempatan perlu membayar RM 120-RM 150 untuk setiap tan kepada kontraktor untuk pelupusan sisa pepejal. Sejak akhir-akhir ini, kami sedang memulakan projek penanaman pokok besar untuk menghijaukan alam sekitar. Selain itu, kami juga menyampaikan bantuan pelajar sebanyak RM 700,000.00 untuk membantu pelajar yang memerlukan pada tahun 2018.

Pertubuhan Amal Seri Sinar, pertubuhan NGO, telah ditubuhkan pada tahun 2003, dengan tujuan menggalakkan kesedaran alam sekitar dalam usaha menyokong amal.